Monday, 15 July 2013

Sudah cukup sudah.

Assalammualaikum u'olls....:')

Firstly, nak mintak maaf banyak2 kalau aku ada bwat salah k. Soey sangat2. Hari ni aku amek tindakan yang aku sendiri tak nak bwat macam tu. Tapi atas nasihat mak and 'Si Dia' aku terpaksa. Actually, aku tak pernah amek kisah pon kalau ada orang nak sakitkan hati aku ke, perli2 aku ke, cakap buruk tentang aku ke. Aku tak kisah sangat, sebab aku tahu diri aku macam mana. Mungkin aku ada bwat perkara yang dibenci, tak suka, menyampah or maybe melampau yang telah membuat hatinya takleh terima aku sebagai sebahagian daripada kawan or kenalan. Sebelum aku bwat keputusan and bertindak, ramai pihak suruh aku amek jalan ni. Dan hanya seorang kawan sahaja kata sebaliknya. Menurut mak, kita tak tahu niat orang terhadap kita walaupun kita berniat baik, bimbang kalau aku diapa2kan oleh orang2 yang membenci diri ini. Si Dia kata, yang lepas itu lepas, ianya tidak akan berulang, melainkan kita yang ingin ia berulang lagi. Di sini, aku nak mintak maaf kepada mereka2 yang tersakiti oleh segala kelakuan dan bicaraku, Harap diri ini dimaafkan oleh insan2 itu. :'(

*Kawan, walaupun kita terasing, harap hubungan SEISLAM kita tidak terputus.:')



Sunday, 14 July 2013

Butter cookies. Nyum! Nyum! :D

Assalammualaikum. :)
Syukur dah 5 hari kita berpuasa. Hik3. XD. Semalam lepas ja kemas umah tiba2 tergerak ati nak buat kuih untuk raya ni. Tapi, asanya belom raya dah abes dah. Hehe. Kuih ni salu makan time kecik2 dulu. Alhamdulillah setakat ni kuih2 raya xpernah ag mkn yang beli or org panggil 'kuih tunjuk'. hehe.

Teringat masa kecik2 dulu, umur 8 tahun dah bwat sdr kuih raya sbb nk jual kat cikgu2 skolah. Adik bwat Almond London and ak plak bwat tart nenas. Kira okay lah dapat duit ckit2. Tapi half2. Separuh bg kat mak, separuh lagi utk aku. Hehe.

So, Here some recipe for butter cookies a recipe from my mom friend. Try it. Menggamit memori lalu. Hik. .>.<
1 Buku Butter
2 sudu besar gula custor
1 biji telur kuning
Vanilla
Tepung secukupnya


*untuk toping use (gula custor+pewarna) or sirap


Bwat bentuk hati sebab nak pos nun jauh di sana..kekeke..>.<

Friday, 12 July 2013

Umur bukan penghalang. :)

Hari ni lepas solat subuh aku terus tolong mak buat mini choclate muffin. Mak ckp muffin tu ada orang tempah. Besanya aku buat muffin ad choc moist kat atas tu. Tapi pagi td mak kata tak payah bwat sebab orang tu tak nak.





Lepas siap suma2 tu. Mak ajak pegi teman die jmpa member die. Aku ni lau bab2 jumpa org tua aku segan ckit. Hehe. :) Masa mula2 sampai rumah member mak agak terkejut laa..knapa banyak sangat keta ni? sampai je depan pintu rumah aku terdengar alunan2 suara orang sedang membaca Al-Quran. Yang aku terkejut adalah kerana yang membaca Al-Quran tu adalah golongan orang yang tua2. Hurmm...aku terfikir..owh..majlis tadarus rupanya. Hehe.

Selepas sahaja majlis tamat, tinggallah aku, mak aku n kawan mak (aunt ruby). Aunt ruby ni geng mak masa skolah menegah dulu. diorang sama2 main band. Sebab tu rapat kemain. Rupa2 nya aunt ruby yang rock dlu dah jd guru mengajar membaca Al-Quran. Alhamdulillah. :D. Bila mak dah silang panggung dgn aunt ruby..cita tu...cita ni...aku pun pasang telinga laa...takkan aku nk p lari masuk dapur umah org...Hehe. Menurut salah satu penceritaannya, sebenarnya td tu majlis khatam Al-Quran golongan org tua2. Rupa2nya masih ada lagi org yg umur dah meningkat tapi masih lg xtau membaca Al-Quran. Astaghfirullahal'azim. Tapi aku suka dengan cara2 makcik2 td. Diorang takda perasaan malu untuk menuntut ilmu agama.Diorang tahu kelemahan diorang. And diorang tak pernah malu untuk bertanya. *aunt ruby yg ckp laa...Hehe. Alhamdulillah and bersyukur sangat, harap2 anak2 remaja di luar sana yg kurang pandai mengaji, berusahalah dan contohilah makcik2 ni dalam menuntut ilmu agama. Agar kehidupan kita lebih terjamin di masa hadapan. Wasalam. :). *nak cepat. Emergency. >.<

*Andai tersungkur bangkitlah kembali, Andai terjatuh bangunlah kembali, Usah takut usah gentar, Ingatlah ALLAH peneman di setiap keadaan. :D



Thursday, 11 July 2013

Act like a single.

Sekarang duk riuh pasal budak Ery oh Ery tu. Hurm...any conclusion? Hik3. >.<. Okay...ada yang boleh terima sbb anggap die pon pernah macam tu dulu, ada yang kutuk budak tu sedangkan die sdr pon mcm tu..cuma tak upload kat youtube je..hehe..:D, ada yang xleh terima langsung dengan cara budak tu. Hurm...aku pon bash jgak bdak tu...tapi satu malam je laa. Malas nk layan sgt, takut nanti kena kat muka sdr bru tau. Hehe. :)

Pagi tadi masa bkak twitter nmpklah ada one of my best friends ni tweet " Bia lha dye wt video tok pkwe dye..mcm lha korg x pena lebey2 tlis at FB,twitter bagai bile rindu psngn kowg..aq pn sdar aq pn mcm tu dlu". *soey awok...copy statement awok. Hehe. Betul jgak ap yang die ckpkn tu. Tpulah kpd mereka2 yang bercouple tu xprnah brjnji setia bermadah helah dgn couple masing2. Mesti ada yang simpan video2 tu dlm lappy. Cuma tak upload kat dunia siber je. Peace yo! Hehe. :D

Ada yang kutuk budak budak tu sedangkan die sdr pon mcm tu. Udah2 le tu kutuknye...Hehe. Kesian plak kat budak tu. Mungkin die tak tau yang dunia social networking ni memang menakutkan. Cukuplah video tu memberi pengajaran kepada dia. Hehe. Bwat video untuk pakwe? Hurm...stakat ni xprnah bwat lg laa...lau bwat pon xupload laa kot...ckup skadar kami je yg tau..Hehe...bwat masa ni..masing2 still lagi sibuk dgn hal masing2. Taken but still a single. Coz stakat ni ap aku bwat still lg mcm dlu, kpop fan, always hang out dgn kengkawan, and alhamdulillah amal ibadat sentiasa di ingatan. Taknak terikat dengan mana2 hubungan yang belum pasti. Masing2 mengambil langkah berjaga2. May Allah Blessed. Chewaah! hehe. :D. 

Ada sesetengah insan xbleh terima dengan cara budak tu. Ada yang kata, "Tak payahlah nak berjanji bagai baru seminggu couple, lebih baik bwat video untuk mak ayah kan lagi bagus". Betul jgak ni. Hurm...tapi cuba kita fikir, mungkin dia kurang didikan agama dan banyak lagi kelemahan diri yang perlu diperbaiki. Apa kata kita memberi nasihat daripada kutukan kat budak tu. Tak salah rasanya kalau kita berkongsi ilmu sesama manusia, malah memberi peringatan kepada diri kita sendiri. And sebagai insan yang beragama, kan lebih bagus lau kita tutup aib insan yang seagama dgn kita. Jangan plak disebabkan kita buka aib org lain, Allah bukak aib kita di padang masyar nanti. Na'uzubillahi min zaalik. :')

*I'm not single and I'm not taken. I'm simply on reserve for the one who deserves my heart because they say good things take time. :)


Wednesday, 10 July 2013

The one that I hate most. :D

Yup! Setiap orang ada musuh. Musuh is enemy, and enemy is adalah orang yang kita anggap pemberi tekanan kepada emosi kita yang mendatangkan kebencian, kecemburuan, dan kemenyampahan. Contohnya orang yg slalu buli kita, yang buat bnda yg kita tak suka, and perkara yang die bwat tu mmg mendatangkan kebencian dalam diri kita. Perkataan musuh itu muncul dalam diri kita adalah sebenarnya daripada mind set diri kita sendiri. Cuba kita tukar perkataan musuh kepada kawan. Mesti kita boleh berkawan dengan orang tu. pernah dengar ayat ni tak?. 'Janganlah kamu membenci seseorang itu kerana tidak mustahil satu hari nanti kamu akan menyayanginya". Kadang2 jenis sifat manusia yang suka judge a book by its cover ni yang meletakan cas negatif dalam otak die. Sebab tu die xleh nak handle dugaan dan ujian daripada Allah S.W.T. Sebab bagi dia diri dia tu dah cukup bagus and everything on him is perfect. cut it off my dear. Paling menyampah dengan org yg mcm ni. Jangan ingat dah masuk universiti, belajar tinggi2, pangkat 67, kau dah hebat. tu suma duniawi semata2. Belajar tinggi2, lidah tajam, otak genius tapi tak respect mak ayah, tak respect kawan2, tak respect org sekeliling, hampeh jaa suma tu. Jangan ingat orang lain akan hormat kita kalu kita tak hormat mereka. Cuba positifkan minda dan menganggap orang2 yang kita tak suka itu teman kita. Sifat yang bersangka baik dan husnuzon itu adalah sifat yang mulia dan ingatlah sifat mazmumah itu adalah satu bisikan daripada syaitan.

Kadang2 ada setengah orang tu disebabkan bermusuh sampai berlakunya kes bunuh-membunuh, buli, terasa hati, and so on. Pernah tak kita terfikir bila kita mempunyai sifat dendam dan pemarah ni satu titik hitam akan berada di hati kita. Bila titik2 hitam itu memenuhi hati kita, maka gelaplah hati kita untuk melakukan kebaikan. there's a very strong connection between your action and your heart. Wherever the heart goes, actions will flow.


*You think your life is hard? Just think, there’s a turtle out there that has been flipped on its back and can't get up. :)



Ramadhan Preparation.

Untuk Ramadhan kali ini jadikan ia sebagai permulaan untuk kehidupan yang lebih baik dari segi fardhu ain dan fardhu kifayah. Semoga segala amal ibadat yang dilakukan sentiasa di bawah rahmatnya. In shaa Allah. :) 

* Ramadhan is about reducing our comforts and testing our strength over our ego. Shaitan is locked away, so we are exposed for what we truly are. :)


Here a checklist for a blessed Ramadhan from my Strategic Management lecturer, Miss Ummi. :D



Everyone is a Princess. :)

Alhandulillah. 1 Ramadhan menjadi tarikh yang dipilih untuk bertinta di dunia blogger. 'Princess' dijadikan tema utama adalah kerana untuk menghargai dan menerokai dunia kaum hawa. Dan ingatlah kaum wanita, perempuan, femaale, 여성, josei, 女人, dan امرأة bahawa blog ini adalah untuk kamu semua, kerana dirimu begitu berharga. Yup! Tak semua perempuan dilahirkan sebagai princess dan semua perempuan mempunyai latar belakang yang berbeza. Namun masing2 ada kelebihan diri sendiri yang kita boleh banggainye pon adui hai. Hehe. Bangga yang dimaksudkan adalah bukan bersifat riak atau menunjuk2 kepada org lain atau sampai lupa kepada yang Maha Esa. :). Ingatlah bahawa segala kelebihan yang ada adalah daripada Allah yang Maha Kuasa. Gunakan kelebihan yang ada sebaik-baiknya dan pada jalan yang benar.

*Untuk menjadi seorang Princess, sifat rendah diri hendaklah ditanamkan agar sentiasa disukai oleh rakyat jelata. ^^

p/s: For those who do not understand my language you can ask me for explanation in the language that you use in the comments below. I only understand Malay, English, Mandarin, Arab, Japan and Korea only. Thank You. :D